BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, 13 April 2012

KERJA KHUSUS

Senarai kandungan
BIL
PERKARA
MUKA SURAT
1
TAJUK KAJIAN

2
SENARAI KANDUNGAN

3
PENGHARGAAN

4
OBJEKTIF KAJIAN

5
KAEDAH KAJIAN

6
HASIL KAJIAN
1.      Maklumat Asas Produk Tempatan
-Nama produk
-Kategori
-Nama pengusaha/syarikat/status hak milik
-Lokasi

2.      Latar Belakang
-sejarah kewujudan
-punca dan jumlah modal (persendirian/perkongsian/bantuan/pinjaman)
-pendaftaran perniagaan
-tujuan/kepentingan produk
-keistimewaan /kelebihan/keunikan

3.      Kaedah/Cara Penghasilan
-tenaga kerja
-senarai bahan
-senarai peralatan
-proses/peringkat penghasilan
-langkah-langkah kawalan mutu

4.      Perkembangan Produk
-rangkaian pemasaran
-cabaran dan masalah yang dihadapi
-pontesi produk
-perancangan masa hadapan


7
RUMUSAN


8
LAMPIRAN

9
RUJUKAN









PENGHARGAAN

   Alhamdullilah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya, dapat juga saya menyiapkan Kerja Khusus Tingkatan 3 dengan sempurna. Saya amat berbesar hati dan ingin mengucapkan penghargaan kepada semua yang membantu saya. Pertama sekali, saya ingin mangucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Guru Mata Pelajaran Sejarah saya iaitu Puan Norazira bt. Zainal Abidin. Beliau sememangnya banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini.
   Di samping itu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya yang banyak memberi dorongan dan sokongan kepada saya. Tanpa mereka agak sukar untuk saya menyiapkan kerja khusus ini. Mereka sentiasa memberi kata-kata semangat kepada saya. Mereka juga yang menghantar saya ke tempat kajian.
   Seterusnya, tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang telah bertungkus lumus, berkongsi buah fikiran dan maklumat bagi menghasilkan kerja yang terbaik. Akhirnya, berkat daripada kerjasama kami, kerja ini berjaya saya siapkan dengan sempurna.
   Jutaan terima kasih juga kepada Wan Mahadi b. Wan Ismail yang memberi kerjasama kerana sudi ditemu ramah. Tanpa beliau, kerja khusus ini tidak dapat saya siapkan. Terima kasih juga kepada kepada institusi-institusi yang terlibat seperti Wanisma Craft and Trading, Perpustakaan Awam Negeri Terengganu dan Arkib Negara. Mereka membantu saya dalam mengumpul hasil-hasil kajian yang  diperlukan.
  Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kerja khusus ini sama ada secara lanngsung ataupun tidak langsung. Saya amat yakin, tanpa mereka semua, sata tidak akan dapat menyiapkan tugasan ini.

Objektif kajian
   Objektif saya menjalankan kajian tentang produk tempatan iaitu perusahaan batik adalah bertujuan untuk mengetahui dan mengenali dengan lebih mendalam tentang perusahaan batik yang terdapat di Malaysia. Melalui pengetahuan yang saya perolehi ini, saya akan dapat mempopularkan produk tempatan ini iaitu batik di peringkat antarabangsa.

   Selain itu, melalui kajian ini juga dapat memupuk semangat cinta akan produk tempatan seperti batik di dalam diri masyarakat kini terutamanya generasi muda yang semakin tenggelam dalam arus pemodenan. Hal ini secara tidak langsungdapat mewujudkan masyarakat yang cinta akan produk tempatan yang terdapat di Negara kita seperti mana yang diinginkan oleh kerajaan.

   Di samping itu juga, tujuan saya menjalankan kerja khusus ini adalah untuk mendapatkan maklumat tentang perusahaan batik dengan tepat dan benar. Sehubungan dengan itu, saya dapat menambahkan lagi pengetahuan saya tentang perusahaan batik.

   Akhir sekali, kita dapat memahami dengan lebih mendalam dan terperinci kepentingan penghasilan batik di Negara kita. Hal ini dapat melahirkan generasi yang mementingkan produk tempatan daripada produk luar Negara.  


Kaedah kajian
   Semasa dalam proses menyiapkan kerja khusus ini, saya telah menggunakan beberapa kaedah kajian bagi mendapatkan maklumat mengenai produk tempatan iaitu perusahaan batik.
   Saya mendapatkan maklumat dengan menganalisis dokumen seperti buku ilmiah, majalah, ensiklopedia dan surat khabar. Melalui kaedah ini, saya telah mendapat sumber yang sahih dan tepat tentang produk tempatan iaitu batik seperti yang saya kaji.
   Selain itu, untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kerja khusus sejarah ini, saya turut menggunakan kaedah temu ramah. Saya telah menemu bual Encik Wan Mahadi b. Wan Ismail menanyakan beberapa soalan seperti latar belakang syarikat ini,tujuan penubuhan syarikat dan sebagainya. Hasilntemu bual tersebut dimuatkan dalam kerja khusus sejarah ini.
   Di samping itu, saya juga menggunakan kaedah dengan melawat dan memerhati ke tempat kajian. Semasa melawat tempat kajian, saya telah memerhati sendiri cara pembuatan batik dan bahan yang digunakan untuk batik dihasilkan.
   Seterusnya, saya juga menggunakan kaedah penyelidikan di Perpustakaan Awam Negeri Terengganu dan Arkib Negara. Di situ saya telah menemui banyak fakta-fakta berkaitan perusahaan batik.
   Akhir sekali, saya juga mencari maklumat dengan melayari internet di laman web http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=BatikCelup&oldid=355362 . Melalui kaedah ini, sedikit sebanyak telah membantu saya mengetahui maklumat menarik mengenai batik.







Hasil      kajian
 
 

















1.      MAKLUMAT ASAS PRODUK TEMPAT
Produk tempatan yang saya kaji adalah batik. Batik ini tergolong dalam kategori kraftangan. Batik ini dihasilkan di Wanisma Craft and Trading. Syarikat ini terletak di 32,KG. LADANG SEKOLAH, KUALA TERENGGANU berdekatan dengan Pantai Batu Burok.















2.      LATER BELAKANG
Ø  SEJARAH KEWUJUDAN
Syarikat ini ditubuhkan pada 9 OGOS 1995. Pada mulanya syarikat ini ditubuhkan pada keluasan 3257 kaki persegi. Perusahaan syarikat ini mengikut perusahaan warisan dari 1 generasi ke 1 generasi. Kini, syarikat ini telah diambil alih oleh generasi yang ke-6 iaitu Encik Wan Mahadi b. Wan Ismail.

Pada mulanya, syarikat ini diberi nama Syarikat Rakna. Setelah pertukaran pengurus, syarikat ini menukarkan nama kepada Wanisma Craft and Trading iaitu gabungan nama Wan Ismail dan Wan Mahadi.

Syarikat ini telah mengusahakan ‘BATIK COP’ dan ia dinamakan sebagai Batik Puteri Rakna iaitu sempena nama ibu beliau Hajah Nik Rakna bt. Nik Embong.













Ø  PUNCA DAN JUMLAH MODAL

Modal yang diperlukan untuk menubuhkan syarikat ini adalah dalam lingkungan RM2000.00.  Syarikat ini ditubuhkan dengan titik peluh mereka. Mereka tidak mendapat bantuan kewangan dari mana-mana pihak termasukla keluarga.

Ø  PENDAFTARAN PERNIAGAAN / LESEN PERNIAGAAN

Syarikat Wanisma Craft and Trading ini telah didaftarkan di Suruhanjaya Malaysia(SSM)
















Ø  TUJUAN / KEPENTINGAN PRODUK

Tujuan produk ini dihasilkan adalah bertujuan supaya dapat memperkayakan budaya dan warisan terdahulu. Selain itu, tujuan produk ini dihasilkan agar ia tidak pupus serta dapat menyambng warisan nenek moyang kita yang dahulu kala.

Selain itu, produk ini bertujuan juga untik menggalakkan kaum wanita yang usianya masih muda untuk terus memakai pakaian atau kain batik. Seterusnya, produk ini juga dapat menyumbang peningkatan ekonomi Negara bagi mencapai Wawasan 2020 pada masa hadapan.

Ø  KEISTIMEWAAN DAN KELEBIHAN PRODUK

Keistimewaan dan kelebihan produk ini bagi pihak atasan dan juga syarikat adalah menjaga kualiti batik tempatan. Selain itu, batik juga dapat mengekalkan imej bangsa Melayu kepada pelancong asing yang dating ke Negara kita.










3.      KAEDAH / CARA PENGHASILAN
Ø  TENAGA KERJA
Bagi kaedah atau car penghasilan batik pula, syarikat ini memerlukan sekurang-kurangnya 28 orang tenaga kerja. Setiap pekerja dibahagikan kepada beberapa tugasan. 5 orang pekerja perempuan diberi tugas untuk mencanting batik, 5 orang pekerja lelaki diberi tugas untuk mengecop batik dan selebihnya dikehendaki melakukan tugasan –tugasan lain seperti menyediakan peralatan-peralatan batik.

Ø  SENARAI BAHAN DAN PERALATAN

Bahan dan peralatan yang diperlukan oleh syarikat ini untuk menghasilkan batik adalah bagi batik cop, mereka memerlukan blok, acuan dan kain putih. Mereka tidak penggunaan peralatan yang begitu banyak dalam menghasilkan batik cop.

Bagi batik lukis pula, mereka memerlukan beberapa bahan dan peralatan untuk menghasilkan batik lukis. Antara bahan dan peralatan untuk menghasilkan batik lukis adalah lilin, damar, minyak masak dan kain putih. Penghasilan batik lukis ini memerlukan tahap kesabaran yang tinggi kerana kaedah penghasilan batik lukis ini sangat cerewet berbanding penghasilan batik cop.








Ø  PROSES / PERINGKAT PENGHASILAN

Proses penghasilan batik mempunyai 3 tahap yang terdiri daripada pewarnaan, pemberian malam pada pakaian dan juga pelepasan lilin dari kain.

Ø  LANGKAH-LANGKAH KAWALAN MUTU

Cara syarikat ini mengawal mutu produk yang dihasilkan adalah syarikat itu telah menghasilkan batik yang paling bermutu dan berkualiti. Selain itu, pihak atasan juga sentiasa memberi tarbiah kepada pekerja-pekerja supaya sentiasa menjaga amanah. Pihak syarikat ini sentiasa menjaga kelakuan dan sikap yang baik untuk mengekalkan imej syarikat Wanisma Craft and Trading.













4.      PERKEMBANGAN PRODUK
Ø  RANGKAIAN PEMASARAN
Wanisma Craft and Trading ini merupakan antara syarikat yang berkembang maju pada masa kini sehingga dikenali oleh semua pihak dan orang ramai. Rangkaian pemasaran produk yang dihasilkan oleh syarikat ini adalah mereka telah membuka beberapa cawangan di Bazar Warisan dan Psar Kedai Payang.

Menurut pengurus syarikat tersebut, mereka juga berhasrat untuk membuka satu lagi cawangan di Perak.

















Ø  KEMAJUAN YANG DICAPAI

Wanisma Craft and Trading ini telah mencapai kemajuan seperti syarikat mereka saban hari semakin maju. Kemajuan yang dicapai oleh mereka setaraf dengan kemajuan yang dicapai oleh syarikat-syarikat yang lain.

Ø  CABARAN DAN MASALAH YANG DIHADAPI

Syarikat ini juga sentiasa menghadapi cabaran dan masalah sepanjang syarikat ini beroperasi. Antara cabaran yang mereka hadapi sepanjang syarikat ini beroperasi termasuklah persaingan antara syarikat lain.

Selain itu, mereka juga mengalami masalah kekurangan pekerja serta kenaikan kos bahan mentah. Tambahan pula, syarikat ini tidak menerima sebarang latihan daripada kerajaan.

4 comments:

Cute Orange Flying Butterfly